Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri merupakan Ketua Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah.
Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun.
Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Perlantikan Ketua Menteri
- Penangguhan memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.
Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan.
Yang di-Pertua Negeri kini ialah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin. Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri yang ke-sepuluh dan dilantik mulai 1 Januari 2011.
Senarai Yang Di-Pertua Negeri Sabah Sejak Kemerdekaan
Tarikh | Nama |
---|---|
16 September 1963 - 1965 |
Tun Datu Haji Mustafa bin Datu Harun |
16 September 1965 - 1973 |
Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae |
16 September 1973 - 1975 |
Tun Haji Mohd. Fuad Stephens |
1975 - 1978 |
Tun Mohd. Hamdan (formerly Datuk Indan Kari) |
26 Jun 1978 - 1979 |
Tun Ahmad Koroh |
27 Jun 1979 - 1987 |
Tun Datuk Mohamad Adnan Robert |
1987 - 1994 |
Tun Mohd. Said bin Keruak |
01 Januari 1995 - 31/12/2002 |
Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai |
01 Januari 2003 - 31/12/2010 |
Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah |
01 Januari 2011 - sekarang |
Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin |